Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

November 15, 2010

Tips : Pemakaian Minyak Wangi

Harini aku nak kongsi tips pemakaian minyak wangi yang betul.
hah,mesti ramai yang tersengih bila baca entri aku kali ni
yelah semua orang tahu cara pakai minyak wangi
tapi betul ke cara korang pakai selama ni??
ini yang aku nak kongsikan

Ok,pernah tak korang alami situasi dimana korang terbau satu haruman yang amat menusuk lubang hidung.
pekat betul bau sampai boleh pening dibuatnya, nak2 pulak korang terkurung macam dalam lif takpun jadi kat diri korang sendiri,bergelen2 sembur minyak wangi tapi orang tetap cakap korang berbau.macam2 bau,tengik,masam macam2 lah.
Sahlah si pemakai minyak wangi tu tak tahu cara yang betul dalam mengaplikasi haruman


Haruman paling bertahan lama jika disapu pada bahagian bawah pakaian iaitu di kawasan kulit.Peredaran darah yang baik dan suhu yang tinggi (panas) mampu membawa kesan yang maksimum pada penggunaan minyak wangi.Port2 yang perlu disapu minyak wangi

~ belakang telinga
~ nadi (pergelangan tangan)
~ setiap kawasan pelipatan (lengan,belakang kaki)
untuk kaum hawa,bagi merasa lebih seksi boleh sapu pada kawasan dada (calit sikit)

Nak pakai minyak wangi ni tak payah sapu banyak2.sedikit sudah memadai lagilah jika korang guna minyak wangi yang berjenama.cukup sekadar calitan tapi biar pada tempat yang betul.Elakkan dari menyapu haruman dipakaian takut haruman akan menyerap ke dalam benang dan akan bercampur dengan haruman yang lain.Kena ingat,haruman yang dipakai bukan untuk dihidu diri sendiri tapi untuk keselesaan orang disekeliling kita.Jadi elakkan dari memakai haruman berlebihan takut jadi macam situasi kat atas.


No comments: