Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

November 25, 2010

..................

Dimanakah engkau wahai CINTA
sejauh mana perlu aku pergi
sedalam mana perlu aku selami
setinggi mana harus aku daki
untuk menemukan engkau
sudah lelah aku mencari
sudah puas aku jejaki
tapi mengapa masih jua belum kutemui
mengapa sukar untuk aku menemui engkau
yang datang padaku semua hanya picisan picisan
yang hanya membuang masa
bukan aku mencari
setampan YUSUF atau semulia MUHAMMAD
yang aku mahukan cukup hanya
seorang insan yang memilikki sekeping hati
yang mampu menerima diri ini
yang aku perlukan
TEMAN HIDUP bukan sekadar TEMAN TIDUR
PENDAMPING untuk SELAMANYA bukan untuk SEKETIKA
BERSAMA ketika SUKA & DUKA bukan menghilang kala MUSIBAH menimpa
aku mencari LELAKI bukan JANTAN
persoalannya
mampukah aku menenuinya?
aku bermunajat pada Mu Ya Allah

November 18, 2010

R.O.Y.A.L ~ E.N.G.A.G.E.M.E.N.T

Putera William & Kate Middleton
dah bertunang!!!


berita gembira buat rakyat Britain sebab putera kesayangan ramai dah pun bertunang
bila depa bertunang tu tak pasti lak
tapi depa dah pun umumkan secara rasmi & yang pasti tahun depan depa kahwin
cincin yang diguna untuk melamar Kate sebenarnya
kepunyaan mendiang puteri Diana,ibu pada putera William



cincin yang sama waktu pertunangan Putera Charles & Princess Diana


sikit info pasal Putera William & tunangnya Kate Middleton

Prince William (Wlliam Arthur Phillip Louis Mountbatten-Windsor)
~ Lahir pada 21 Jun 1982
~ Anak sulung Putera Charles & mendiang Puteri Diana
~ Tamat latihan pasukan penyelamat Tentera Udara Diraja Britain (juruterbang)
~ Diberi gelaran His Royal Highness Prince William of Wales
(Yang Teramat Mulia Putera William dari Wales)
~ Dikatakan tidak menyukai protokol Diraja yang berlebihan (seperti ibunya)


juruterbang pasukan penyelamat Diraja Britain




Kate Middleton(Cathrine Elizabeth 'kate' Middleton)
~ Lahir pada 9 Januari 1982
~ Anak pada jutawan Michael & Carole Middleton





gambar lagi

sewaktu pengumuman berita pertunangan





November 16, 2010

HOTTEST FRAGRANCE OF THE YEAR

Let me share u the Hottest Fragrance for year 2010


Best Women's Fragrance

Flora by Gucci
eau de toilette spray
top note of citrus mandarin & peony

i've been using it now :)


Best Men's Fragrance

Boss Bottled Night
masculine woody Louro Amarelo tree



Best Couple's Fragrance

DSquared2 Ocean Wet Wood
ocean notes - violet leaf & musk


She Wood Crystal Creek Wood
Woody,aquatic & floral


Fragrance Of The Year 2010

Be Delicious Fresh Blossom
grapefruitmix,rose & jasmine



Online People's Choice Award
Anna Sui Rock Me, Summer Of Love
bergamot smells, Aquatic hyssop & Geranium A

abounds Fantasy & Romance
Be Sweet, Be Sexy & Be Free




p/s: award from Sa Sa

November 15, 2010

Tips : Pemakaian Minyak Wangi

Harini aku nak kongsi tips pemakaian minyak wangi yang betul.
hah,mesti ramai yang tersengih bila baca entri aku kali ni
yelah semua orang tahu cara pakai minyak wangi
tapi betul ke cara korang pakai selama ni??
ini yang aku nak kongsikan

Ok,pernah tak korang alami situasi dimana korang terbau satu haruman yang amat menusuk lubang hidung.
pekat betul bau sampai boleh pening dibuatnya, nak2 pulak korang terkurung macam dalam lif takpun jadi kat diri korang sendiri,bergelen2 sembur minyak wangi tapi orang tetap cakap korang berbau.macam2 bau,tengik,masam macam2 lah.
Sahlah si pemakai minyak wangi tu tak tahu cara yang betul dalam mengaplikasi haruman


Haruman paling bertahan lama jika disapu pada bahagian bawah pakaian iaitu di kawasan kulit.Peredaran darah yang baik dan suhu yang tinggi (panas) mampu membawa kesan yang maksimum pada penggunaan minyak wangi.Port2 yang perlu disapu minyak wangi

~ belakang telinga
~ nadi (pergelangan tangan)
~ setiap kawasan pelipatan (lengan,belakang kaki)
untuk kaum hawa,bagi merasa lebih seksi boleh sapu pada kawasan dada (calit sikit)

Nak pakai minyak wangi ni tak payah sapu banyak2.sedikit sudah memadai lagilah jika korang guna minyak wangi yang berjenama.cukup sekadar calitan tapi biar pada tempat yang betul.Elakkan dari menyapu haruman dipakaian takut haruman akan menyerap ke dalam benang dan akan bercampur dengan haruman yang lain.Kena ingat,haruman yang dipakai bukan untuk dihidu diri sendiri tapi untuk keselesaan orang disekeliling kita.Jadi elakkan dari memakai haruman berlebihan takut jadi macam situasi kat atas.


November 11, 2010

orang tua cakap

sudah dari semalam,mata ku asyik menggarit-garit je.
kenapa ni?

* risau *

orang tua2 cakap kalau mata menggarit-garit
ada sesuatu

* klise *

kalau kelopak atas,kita nak tengok sesuatu atau nampak orang jauh.
boleh pakai ke cakap orang2 tua ni?

* ishh *

itu kalau kelopak atas,kelopak bawah kita nak menangis

* huh *

lagi haru,sekarang ini kelopak mata aku sebelah atas kiri yang tak duk diam ni
rimas puan ada jugak,yelah kan menggarit-garit je
+ risau dalam hati

* cehh *

termakan jugak dengan cakap2 orang tua2 ni
hurmm rileks nana
buat macam takde apa

* gusar *

arghh...menggarit lagi ni...adoii


p/s : menggarit-garit tu sama maksud bergerak-gerak / bergetar

Ph.D PALSU??

Sijil palsu??
* huh *

Terdapat dakwaan mengatakan ijazah doktor falsafah ( Ph.D ) & Sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan yang dimiliki oleh penyanyi Fazley Yaakob adalah PALSU.

hah palsu??
macam mana boleh jadi macam tu?

British Broadcasting Corporation @ Perbadanan Penyiaran British

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Penyiaran British ( BBC ) dalam program Week In Week Out, University Challenged mengeluarkan dakwaan yang mengatakan Fazley Yaakob memilikki Ph.D palsu.Berikutan dari dakwaan yang dikeluarkan,pihak University of Wales, United Kingdom telah menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley ( FIC ) milik Fazley sehingga satu siasatan dijalankan.

University of Wales, United Kingdom

Rumit bunyinya,ermm elok2 dah dapat Ph.D tiba2 ada yang kata palsu pulak.Harini dalam paper,Fazley bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di FIC.Tindakan ini dikatakan adalah untuk menjaga nama serta reputasi FIC yang makin mencipta nama dikalangan institusi pengajian tinggi (swasta).
Apa kes lah semua ni,kenapa baru sekarang dakwaan ijazah palsu ini dibangkitkan.
* ermm *
kesian jugak dekat Fazley ni,disebabkan kes ini jugaklah,Fazley dah tak gunakan gelaran Dr.Lepas ni,kena lebih berhati2 takut dapat pengiktirafan palsu macam yang jadi kat Fazley ni
sabar jelah Fazley ea...

November 08, 2010

$$$$

Dalam dunia ni,apa yang paling berkuasa?adakah presiden amerika si Obama atau Mukesh Ambani yang ada rumah sampai 27 tingkat tu ataupun juri-juri yang pilih Syamsul Yusof sebagai pengarah terbaik..

* sengih *


duit la yang paling berkuasa.dalam dunia sekarang ni,bila sebut bab duit je yang sekolah tak habis pun tetiba boleh jadi pandai.kalau subjek matematik yang belajar dekat sekolah tu,memang susah sangat nak faham tapi kalau bab kira duit uishhhh..teror tak terkata.tau je macam mana nak pusing pusing.dari takde duit boleh jadi ada duit.dari takde baki boleh ada baki.


duit jugak boleh bawa malapetaka,huru-hara kan dunia,porak perandakan keluarga,pecah belahkan masyarakat.sebab tu ku kata duit ni berkuasa.duit juga buatkan orang yang memilikkinya jadi berkuasa.siapa yang ada banyak duit,dia boleh dapatkan apa saja,semua benda boleh beli.bagi yang takde duit tu,akan selalu la kena tindas.apa yang dikata takde siapa yang akan ambil 'port'.bak kata omputih
" NO MONEY NO TALK "

Negara kita sendiri boleh jadi contoh,semua orang tahu Malaysia amalkan konsep demokrasi bermaksud bebas untuk bersuara.kita boleh suarakan apa yang kita nak atau apa yang kita tak puas hati tapi berguna ke penat bercakap takde siapa yang dengar,semua sebab kita takde duit.orang taknak dengar kata-kata orang yang tak berduit ni.

pusing la macam mana pun,pandai la macam mana pun kalau dalam poket atau dalam akaun simpanan kita takde BANYAK DUIT...kita tak boleh buat apa.kita bersuara takkan ada yang ambil kisah.orang takkan pandang kita.semua gara-gara DUIT.....

Nasihat ku,kalau takde duit buat cara takde duit tak payah nak mimpi hidup macam orang banyak duit sampai sanggup tindas orang lain semata-mata nak ada banyak duit dan pada yang banayk duit, janganlah ingat semua benda dalam dunia ni boleh dibeli dengan duit dan jangan ingat orang yag tak berduit ni BODOH semua.sesekali dengar pandangan kami yang tak banyak duit ni...



November 04, 2010

kerinduan

takkan lagi aku menunggu kau hadir didalam mimpi mimpiku
puasku mengharapkan dirimu seperti mereka yang punya cinta
diriku tanpa dirimu...

tanpaku sedar
air mata mengalir di pipi
pantas ku seka
takkan ku biarkan sesiapa melihat air mata ini
bait bait lagu diatas ku tujukan buat dirimu
tahukah kamu
betapa mendalamnya rindu di hati ini
hanya tuhan yang tahu
ku pendam
tiada ku hebah
selagi mampu untuk ku pikul
akan terusku pikul
mungkin ku akan berhenti menunggu dirimu
tapi ku tidak akan berhenti merinduimu
tidak perlu rasanya untuk ku luahkan
maafkan ku kerna terus memujamu
maaf andai ku tidak padan denganmu
maaf andai ku mengganggu dirimu
ku hanya ingin mengata
betapa aku rindu padamu
rindu..aku rindu...

E.N.T.R.I.~ M.A.L.A.M ~.I.N.I

mana kurangnya aku?
apa lebihnya dia?
berambut panjang dan lurus,berkulit halus,putih,berpinggang ramping?
itukah yang kau pandang?
aku kecewa andai itu yang jadi kepentingan pada kau
ternyata kau hanya tahu menilai luaran dan bukan dalaman

iya aku akui
jikalau itu yang menjadi perbandingan antara aku dan dia
aku tewas
rambut aku tidak selurus rambut dia
walau aku putih tapi tidak sehalus kulit dia
pinggang ramping?jauh sekali
dia cantik berbaju kebaya,aku......
seperti aku katakan
aku tewas...

mungkin ada yang akan berkata
'' hey kenapa merendah diri sangat? ''
dan ini jawapan aku
'' hakikat ''

terkadang aku terfikir
kenapa kau tidak melihat aku secara ikhlas?
aku ibarat permata yang belum habis digilap
masih belum terserlah cahayanya
kau
berbahagialah dengan kilauan berlian yang mungkin
hanya untuk seketika
konklusinya
aku akur dengan penilaian kau
terima kasih..