siapa dekat sini yang pernah terjumpa hantu
sila angkat tangan.. (ada ke yang angkat tangan)
kawan2 aku penah cakap, memang suwey la kalau terserempak atau terjumpa dengan
mahkluk yang satu ni.Aku ni ada gak pengalaman terserempak dengan mende alah ni
(aishh malas nak sebut nama banyak kali)
Yang dah banyak kali aku nampak si cik 'P'
ala dia ni glamor sebab nama dia selalu orang ambik buat
tajuk filem
(alaaa...maya karin pernah jadi 'dia' ni sekejap)
memang sebijik lar macam dalam filem tu.uiishh..dengan rambut yang panjang mengurai tak penah gunting tu,yelah sapa sanggup gunting rambut 'dia' kan...
baju dia tak pernah kaler lain.1 kaler je yang dipakainya
(ermmm....seram pulak)
aku pernah nampak berdepan,wuuiiishhhh
nasib baik aku tak pitam masa tu.Alhamdullillah takde sampai meracau2.
lagi apa ek??
hah,yang satu spesis lagi ni pun aku ada nmpak sekali
masa tu aku tinggal kat hostel kolej aku kat tuutttt
(dirahsiakan)
yang ini sebab mulut aku agak CELUPAR
(hah amek ko..)
masa tu tengah top kisah mende tu kat area hostel aku.Aku lak duk rimas sebab ada roomate aku yang
tiap2 malam balik bawak cerita yang sama.dek disebabkan aku rimas tu,aku pun dengan rasa belagaknya
mencabar mende tu datang.hahahaha
(masa tu aku gelakkan je)
semua yang ada dalam bilik tu marah kat aku sebab celupar sangat
nak dipendekkan cerita
malam tu 'dia' betul2 datang da.....
(nak sangatkan....hah amek)
aku duk resah je,pusing kiri pusing kanan tak mau gak tido
last2 aku pusing sekali lagi
tuuuuu 'dia' tercongok depan aku...
(adoiiiiii)
gamam siottt...memang kaku la...mulut cam kena buh gam gajah.
melekat habis..hurmmm...dah puas 'dia'suruh aku tengok pastu 'dia' blah hilang ghaib
apa yang datang tu ek??
nama 'dia' mula huruf p jugak pun leh tahan famous,memang semua orang takut dengan spesis yang ini
huuuu...takyah lar aku bagi nama penuh 'dia' kat sini
dikhuatiri ada yang tak leh tido je
cukuplah aku nampak mende2 camtu..tak mau lagi la...
(ishhh.....mintak simpang)