Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

December 04, 2010

Slot Akasia


1000 Kali Cinta ~ slot akasia 
 Isnin hingga Jumaat
jam 6.30 petang
okey,drama ni ganti Chinta yang dah habis dah pun.Antara yang membintangi drama ni
Kamal Adli,Intan Ladyana,Cat Farish,Norkhiriah,Marsha & ramai lagi la.
sebenarnya aku tak ikut sangat drama ni.takde masa satu hal,jalan cerita drama ni membosankan.
itu pandangan akulah.ada la beberapa episod aku tengok,memang
TAK BEST!!!!!
Drama ni mengisahkan tentang Nizam (kamal adli) bercuti di sebuah pulau lalu tertarik dengan Miasara (intan ladyana) yang membantu maknya berniaga nasi lemak.Mia mengalami masalah hilang ingatan dan sering lupa pada nizam yang sering ditemuinya.Babak ini yang buat aku bosan nak tengok.boleh dikatakan tiap2 hari ulang babak yang sama.Pagi Mia jumpa Nizam,dingdongbel sampai ke petang pastu balik rumah tersenyum sorang2.Bangun pagi esok dah lupa siapa nizam,pusing2 situ jugak.bosan lah dibuatnya.
Tak tahu la apa motif drama ni sebenarnya.Nak cerita pasal orang yang ada sakit hilang ingatan ke,pasal cinta yang sedang berputik antara 2 watak utama tu ke,atau saje nak buat penonton jadi macam orang bodoh tengok drama tu.Ataupun aku sorang je yang rasa bodoh bila tengok drama tu ada jugak yang kategorikan drama tu komedi romantik tapi bagi aku takde yang kelakar pun dalam drama tu.Romantik pun entahlah.Pada siapa yang minat dengan drama 1000 kali cinta tu jangan marah dengan komen aku ni..
pandangan ikhlas..





No comments: