Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

January 25, 2011

BILA BIBIR MENGELUPAS

Tengah belek2 suratkaba pagi ni, terbaca lak satu tips untuk sape2
yang ada masalah bibir mengelupas
haahh..aku pun ada gak terkena
punca sebenarnya adalah KEKERINGAN
ada orang yang dah tau bibir tu mengelupas
boleh pulak cover dengan lipstick atau glos ( ala yang kilat2 tu )
tau tak semua tu memburukkan keadaan
tu apa yang aku baca la kan
ni aku nak share apa yang boleh & tak boleh dilakukan bila
BIBIR MENGELUPAS

  • TAK BOLEH : basahkan bibir dengan air liur sebab air liur ada enzim yang boleh mengikis lapisan perlindungan yang ada pada bibir
  • BOLEH : gunakan potongan timun & tekap pada bibir
  • TAK BOLEH : kopek kulit bibir yang mengelupas.boleh menanggalkan lapisan perlindungan semulajadi dan boleh mengundang jangkitan
  • BOLEH : campurkan gula perang dan air kemudian gosok dengan elmbut pada bibir.boleh juga guna skrub bibir
  • TAK BOLEH : makan atau minum sesuatu yang berasid seperti jus oren atau jeruk.akibatnya bibir akan lebih kering dan pedih
  • BOLEH : minum banyak air suam kerana bibir kering merupakan petanda badan memerlukan lebih banyak cecair
  • TAK BOLEH : penggunaan salap bibir yang mengandungi bahan seperti menthol, camphor & peppermint ia boleh menyakitkan bibir yang pecah dan melambatkan proses penyembuhan
  • BOLEH : guna pelembab bibir terutama selepas mandi selain dari titisan minyak bijan yang kaya dengan vitamin A, B & E

Info dari : Sinar Harian (sihat cantik)

No comments: