Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

January 04, 2011

ENTRI PERTAMA UNTUK TAHUN 2011

Agak lama ruangan ini sunyi sepi dari sebarang entri, bukan sengaja tapi kesibukkan kerja yang melampau diikuti ketandusan ilham menjadi sebab kenapa aku lama mendiam.Ini entri pertama aku untuk tahun baru ini.Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat datang 2011.Sebelum aku pergi jauh,jutaan tahniah buat pasukan bola sepak negara ' HARIMAU MALAYA' atas kemenangan yang membanggakan pada PIALA SUZUKI AFF 2010 dalam menentang pasukan 'GARUDA' dari Indonesia



Permulaan tahun 2011 dikejutkan dengan berita perginya seorang bintang yang sedang mencipta nama di persada lakonan.Arwah Faizal Yusuf telah menghembuskan nafas terakhir pada 01 Jan 2011 di Hospital Pusrawi.Arwah meninggalkan balu yang sedang hamil 5 bulan.Arwah juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana,perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohd Rayyan. yang kini berusian 2 tahun.Takziah buat keluarga arwah.



:: dalam kenangan ::
Faizal Yusuf

No comments: