Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

October 20, 2010

a.k.u ^ m.i.m.p.i ^ k.a.u

Aku mimpi lagi.Dah berapa malam kau muncul dalam mimpi2 aku.Tiada sebarang komunikasi yang berlaku hanya engkau yang tiba2 muncul.Kau hanya lalu lalang dihadapan tanpa kau sedari kewujudan aku.Bukan sekali bukan dua kali tapi kerap kali aku mimpikan kau..

Apa maksudnya?adakah aku merindui kau hinggakan kau muncul dalam bayanganku atau kau yang menyebut2 tentang diriku sampai aku termimpikan kau..

Ahhhh...apa pulak macam tu,kalau kau menyebut2 tentang aku tentunya kau yang mimpikan aku..kan??
hurmm..yang aneh,kau hanya muncul dalam mimpi aku waktu aku mahu bangkit dari tidur.Sekali aku terlihatkan kau,aku terus terjaga dengan laungan azan subuh yang sayup kedengaran.

Dan tiap kali aku bangun,yang aku ingat aku mimpikan kau tapi begitu payah untuk aku ceritakan.Umpama aku terlupa semuanya yang baru aku mimpikan tadi.Dan dikala itu aku merasa sayu,seolah kau akan pergi meninggalkan aku..sampaikan terucap dari mulutku
" saya taknak kehilangan awak,jangan tinggalkan saya "

Apa semua tu??..mainan SYAITAN? atau satu perasaan yang terbuku di hati yang tidak terluahkan..
~ kusut ~

perasaan apa?perasaan pada siapa?pada kau?..

~ bertambah kusut ~

No comments: