Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

January 10, 2011

AJL 25
huaarghh....
dah masuk 20 kali aku menguap sampai keluar air mata
ishh mengantuk la..seyes!!
mata pun dah cam mata panda


paham2 la ye bila aku cakap mata cam panda tu
ni semua gara-gara tak cukup tido
dah 2 malam tido lambat
pastu pagi kena bangun awal...
huh..!!! cam budak sekolah pulak dah..

malam tadi bantai layan AJL 25
rasa cam tak berbaloi pulak bersengkang mata
sebab cam tak happening sangat
aku suka part opening, 3 orang emcee & faizal tahir
< maybe sebab aku fans F.T >
hehehe
yuna punya performances pun oke jugaklah
yang lain2 cam takde aura sangat tak macam AJL zaman dolu2
semangat nak tengok
maybe sebab semua yang bertanding bawak aliran muzik yang lebih kurang sama
' MUZIK INDIE '
so takde nampak kelainan, corak muzik yang sama, style yang hampir sama
< my opinion actually >

kalau dulu AJL ada kategori so tiap kategori ada style masing2
sekarang mana ada lagi artis yang bawak 1 angkatan naik pentas
balik2 stand sorang2 atas pentas
+ gitar as instrument
memang la zaman dah moden tak sesuai lagi nak bawak ramai2 naik pentas
tapi itulah yang membuatkan AJL diingati sampai bila2
macam AJL malam tadi, baru bape jam
aku dah lupa stacy punya performance
< sebab mengantuk kot >

walaupun mengantuk aku tunggu gak sampai dorang announce sape yang menang AJL kali ni
aku bajet F.T yang menang tapi dia dapat persembahan terbaik je
tak sangka lak awek yang pakai baju kurung + main gitar tu yang jadi juara
btw tahniah buat para pemenang


yang menang malam tadi

 < Juara Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


< Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


< Ketiga & Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


< Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


huaarggghhh menguap lagi...

January 08, 2011

puitis TERUNA & DARA

Malam dingin mencengkam sanubari
disini aku sendiri
mengenal diri , menanti pasti

Langit sepi tidak berbintang , engkau disana aku menanti
sampai bila akan begini
memendam rindu di hati
menanti kasih sejati

aku si dara
engkau teruna
berpaut hati menyatu cinta
bergurau senda , bermasam muka
sudah menjadi resam kita

wahai teruna dengarkan si dara
suara hati  berkata-kata
memanggil-manggil nama Sang Pencinta

angin malam bawa berita
aku si dara menanti setia.
teruna disana disapa mesra
angin membawa khabaran si dara

picisan malam menyelebungi hati
membentuk kabus sukar tembusi
terngiang-ngiang alunan suara
bisikan angin sayu di telinga

terdetik di hati teruna
muncul nama si dara
terpanggil rasa sayangnya
terjalin ikatan cinta

January 07, 2011

GAMEN & PRIVATE SECTOR..
 
Ada sesape kat sini yang pernah berurusan dengan kerajaan tak??..
tipula kalau cakap tak pernah.huh..nape lak entri aku kali ni ada kaitan dengan kerajaan??..
haa..jangan risau bukan nak berpolitik..nak cerita pasal 'BEHAVIOUR' je...
 
Nape aku nak tulis pasal behaviour ni pulak ek??..
camni kisahnya....
 
Semalam aku kena attend satu sesi medical check-up untuk proses
pre-employment dengan satu syarikat swasta.
* Malaysia Airlines Berhad *
 
Mula aku ingat kena gi mana2 hospital, yela kata buat medical check-up kan.Rupanya
mende tu buat kat dalam area syarikat tu jugak.Syarikat besau beb..ada medical centre sendiri.
pagi lagi aku dah tercongok kat depan pintu medical centre tu
walaupun masih terpampang tulisan kaler merah
~ CLOSED ~
 
Cett..belum bukak lagi < cetus dalam hati >
'' takpe tunggu jela''..aku bermonolog
tepat pukul 9 baru la pintu medical centre tu dibuka
tulisan yang tadi dah pun bertukar
~ OPEN ~
 
weee..dengan senang hati aku melangkah
'' excuse me, good morning '' sapa aku pada miss yang ada kat front desk
'' yes,morning '' balas miss yang manis tu
'' i'm coming for pre-employment medical check-up''
miss yang aku tak tahu namanya tu terus tersenyum
'' ok,ur name please & i/c ''
 
< dingdongdingdong >
 
'' u fill up this form then u pass it to me, ok ''
miss tu siap bagitau part mana yang takyah isi..
'' ok, thanks ya ''
 
dalam hati aku cakap
'' baiknya dorang ni, tak sombong langsung ''
 
Memandangkan medical centre tu panel dan berada dalam area syarikat
so semua yang datang ambik ubat or jumpa doktor kat situ
terdiri dari kakitangan syarikat.
Apa yang aku nak komen,sikap setiap kakitangan yang sangat mesra dan peramah
kakitangan kat situ semua baik-baik takde pun yang muka macam
SINGA LAPAR tak pun muka SOMBONG
 macam pangkat besau sangat
 
walaupun dorang ni cakap omputih je
tapi masih merendah diri
sanggup untuk turun kena hujan semata nak tunjukkan jalan.
dari pakcik yang jaga pintu sampai ke eksekutif semua murah dengan senyuman
sentiasa tersenyum
aku yang melangok menunggu nombor giliran keluar kat skrin tu
dah letih pulak asyik senyum je..hehe
 < ikhlas oke >
 
Kalau nak dibandingkan dengan kakitangan kerajaan
mintak maap cakaplah..semua muka cam ape je...
jangan kata nak senyum pandang pun taknak
bukan aku main tuduh je..kenyataan weyh.....
dah banyak pejabat kerajaan aku masuk..semua macam tu
20% jela yang nak senyum yang lain HAMPEHH!!!
kalau dapat berurusan dengan orang tua lagi la masak
cakap nak menengking je..macam orang tak paham bahasa
takleh silap sikit abis la kena tiaw...
 
memang beza sangat behaviour dorang..
kalau tak caye g try sendiri
differences between private sector & goverment sector..
 
p/s : bukan aku nak eksyen cakap omputih tapi memang majoriti kat tempat tu using english...heee
kakitangan kerajaan jangan marah ek..ni teguran ikhlas..
peace....
 
 
 

January 04, 2011

ENTRI PERTAMA UNTUK TAHUN 2011

Agak lama ruangan ini sunyi sepi dari sebarang entri, bukan sengaja tapi kesibukkan kerja yang melampau diikuti ketandusan ilham menjadi sebab kenapa aku lama mendiam.Ini entri pertama aku untuk tahun baru ini.Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat datang 2011.Sebelum aku pergi jauh,jutaan tahniah buat pasukan bola sepak negara ' HARIMAU MALAYA' atas kemenangan yang membanggakan pada PIALA SUZUKI AFF 2010 dalam menentang pasukan 'GARUDA' dari Indonesia



Permulaan tahun 2011 dikejutkan dengan berita perginya seorang bintang yang sedang mencipta nama di persada lakonan.Arwah Faizal Yusuf telah menghembuskan nafas terakhir pada 01 Jan 2011 di Hospital Pusrawi.Arwah meninggalkan balu yang sedang hamil 5 bulan.Arwah juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana,perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohd Rayyan. yang kini berusian 2 tahun.Takziah buat keluarga arwah.



:: dalam kenangan ::
Faizal Yusuf

December 17, 2010

Henry Cavill
the true british gentleman
 face for Dunhill London fragrance

Dunhill Black





Fall in LOVE with this man

FINALLY!!!!...
my name have been selected to attend the inteview

Date : 20 DEC 2010 ( MONDAY)

Time : 1330 hours
Venue : HR INTERVIEW ROOM, GROUND FLOOR
ADMIN 4, MAS COMPLEX B, SUBANG,SELANGOR




December 14, 2010

:: mood = CINTA ::


malam ni aku layan lagu Raja Ema
mood CINTAN lak...kihkihkih
dua entri kat bawah tu lagu Raja Ema yang dah
berpuluh kali aku replay
hati jadi bunga2 bila dengar lagu ni
senyum sorang2 aku malam ni.....