Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

October 26, 2010

NAFSU

Terkejut aku dengan berita yang tersiar dalam KOSMO harini.
dengan headline yang agak gempar
'' KEGIATAN MAKSIAT ATAS BUMBUNG BERAKHIR TRAGEDI ''
mula pembacaan, aku agak keliru kurang mengerti.apa yang dimaksudkan.aku teruskan pembacaan
ASTAGA...
seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh dari atas bumbung sebuah apartmen.semuanya gara-gara kanak-kanak terbabit didapati melakukan kegiatan sumbang bersama beberapa rakan lelakinya di atas bumbung apartmen tersebut.
Apa nak jadi dengan mereka semua ini?umur baru setahun jagung tapi sudah cukup berani melakukan perbuatan tekutuk.Pada aku budak perempuan ni memang berani
berani melakukan maksiat dalam usia yang masih muda dan melakukan di tempat yang terbuka
dunia sudah terbalik agaknya.bila nafsu sudah beraja di hati.tanpa mengira umur dan situasi,semua ditolak tepi
demi melunaskan tuntutan syaitan yang sering berbisik..Untuk bacan yang lebih lagi,kalian boleh baca dalam akhbar KOSMO
Aku selitkan gambar kejadian untuk tatapan semua





Bila nafsu beraja di hati,keselamatan diri diabaikan
berakhirnya satu penghidupan hanya kerana terlalu mengikut tuntutan nafsu
  


October 21, 2010

up coming sunday


Gambar lama,was taken a year ago if im not mistake.
we were attend our cousin wedding.
iwan & abg chik was sibling so am i with fie.
there is another 2 little girl who did not capture in this photo
there is intan & nana..( same name )
credit to intan for taking a nice photo
i will miss that moment

towards intan,nana,abg chik & not forgetting our mak uteh
we gonna have fun this coming sunday
not forgeting u my sista
cik fie..i think u should bring along ur 'belon buih'
iwan,so bad that u r not coming with us
but its okey,we going to have fun on ur behalf

let capture a lot of picture this sunday
cant wait for this up coming event
SUNWAY LAGOON!!
here we come....

L.A.K.S.A

20102010 ~ Semalam ibu masak laksa..ermm yummy2..memang sedap..my mum's was the ever greatest chef in the world..luv u IBU.
 So,malam tadi kami sekeluarga pulun la laksa tu..sangat menyelerakan,mau kecur air liur..haha
even aku dah makan nasi balik keje tu,there still got space untuk aku isi dengan laksa.Dats why la aku gemuk..ibu aku masak semua sedap..huuu
Malam tadi kami semua kekenyangan makan laksa..blurpp..Alhamdullillah.Dipendekkan cerita,laksa tu ada baki lagi,yela seperiuk kuahnya..boleh disimpan tuk bawa ke harini
Aku ni pesen yang tak boleh makan pagi.Kalau pukul 10 ke atas ok,kalau tak,mau sakit perut dibuatnya..
pagi tadi pulak masa tengah makan sarap ( aku makan biskut je ) ibu duk panaskan kuah laksa,katanya rasa nak makan masam2..
Huuu...bau kuah laksa tu,menusuk masuk dalam hidung,ALAMAK!!!...tak boleh tahan ni..ibu suakan kat aku,tak pikir panjang dah.aku terus cekau..Masa makan tu tak ingat nanti aku mesti kena sakit perut..
Kan betul,aku sakit perut,sempat pegi buang dulu..hurmm..leceh tau kalau pagi2 lagi dah sakit perut,buat SPOIL MOOD je...aishhh
tapi takpelah..takkan nak merungut lak kan..tu kan rezeki tuhan bagi,makan jelah..ni ada rasa nak ke tandas lagi...adoiiii....

October 20, 2010

a.k.u ^ m.i.m.p.i ^ k.a.u

Aku mimpi lagi.Dah berapa malam kau muncul dalam mimpi2 aku.Tiada sebarang komunikasi yang berlaku hanya engkau yang tiba2 muncul.Kau hanya lalu lalang dihadapan tanpa kau sedari kewujudan aku.Bukan sekali bukan dua kali tapi kerap kali aku mimpikan kau..

Apa maksudnya?adakah aku merindui kau hinggakan kau muncul dalam bayanganku atau kau yang menyebut2 tentang diriku sampai aku termimpikan kau..

Ahhhh...apa pulak macam tu,kalau kau menyebut2 tentang aku tentunya kau yang mimpikan aku..kan??
hurmm..yang aneh,kau hanya muncul dalam mimpi aku waktu aku mahu bangkit dari tidur.Sekali aku terlihatkan kau,aku terus terjaga dengan laungan azan subuh yang sayup kedengaran.

Dan tiap kali aku bangun,yang aku ingat aku mimpikan kau tapi begitu payah untuk aku ceritakan.Umpama aku terlupa semuanya yang baru aku mimpikan tadi.Dan dikala itu aku merasa sayu,seolah kau akan pergi meninggalkan aku..sampaikan terucap dari mulutku
" saya taknak kehilangan awak,jangan tinggalkan saya "

Apa semua tu??..mainan SYAITAN? atau satu perasaan yang terbuku di hati yang tidak terluahkan..
~ kusut ~

perasaan apa?perasaan pada siapa?pada kau?..

~ bertambah kusut ~

October 19, 2010

ROSAK2!!

Ada satu hari tu,aku terima sms dari adik sepupu aku.punyalah lama aku tenung mesej yang dia hantar.bukan sebab aku tak nampak apa yang dia tulis tapi sebab aku tak paham apa yang dia hantar tu.
mak ai bahasa..dasyat!!..aku yang dah lama guna sistem sms ni pun tak sampai macam ni ayat aku.

Bukanlah aku ni bodoh tak boleh baca sms tu,tapi penggunaan bahasanya teruk sangat.yang boleh di'shotform'kan ditambah2 ejaannya.yang shortformnya lak,terlalu ringkas sangat..ermmm
budak2 zaman sekarang macam tulah.suka sangat tambah2 huruf macam je jadi jew.kot jadi kowt.
kenapa mesti macam tu?cuba guna bahasa yang betul,lagilah kalau sms tu nak bagi orang tua baca,mau dicmapkanya hp tu nanti.

SMS tu sendiri bawa maksud " SISTEM PESANAN RINGKAS " dh tu kenapa nak tambah2 ejaan,nak panjang2kan perkataa...aisshh..bertil2 tak paham la dorang ni..

adew kew patut gunew bahasa cmni??..
pikirlah sendiri..

October 17, 2010

Betul ke???

kalau kita teringat kat orang tu
tandanya orang tu pun teringat kat kita jugak?


kalau kita terpikir pasal orang tu
tandanya orang tu pun terpkir pasal kita jugak?


kalau kita rindukan orang tu
tandanya orang tu pun tengah rindukan kita jugak?


habis.....


kalau aku teringatkan Johnny Depp
Johnny Depp pun teringatkan aku la ek


kalau aku terpikir pasal Hugh Jackman
Hugh Jackman pun tengah pikir pasal aku la ek


kalau aku rindukan Ashton Kutcher
maksudnya Ashton Kutcher pun tengah rindukan aku la ek..


hehehe....
boleh ke macam tu??

October 05, 2010

~ BULAN DITUTUP AWAN ~

Wahai
Janji setia sudah diucapkan
Aduh
Kata bersumpah telah kupadukan
Kini
Engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal
Daku saorang dalam sunyi sepi

Nun
Bulan ditutup awan
Terkenang
Hati bertambah rawan

Wahai
Jikalau ku tahu janjimu palsu
Tentu
Tidak kuturut sedari dahulu



Cover version by : Yuna
Originally by : Rokiah Wanda

kereta hello kitty...

dah banyak kali aku nampak kereta nan satu ni.tak tahu la kenapa kereta ni menarik perhatian aku.tapi jujurnya aku rimas tengok kondisi kereta tu.nak tahu kenapa,meh sini aku bagitahu...

kereta yang aku maksudkan ni kereta buatan tempatan.nak sebut ke kereta apa,tak payah kot..aku sendiri tak pasti la owner kereta ni jantina apa..sebab tiap kali aku nampak,yang bawak kereta ni jantinanya lelaki
tapi kalau korang tengok kereta dia tak macam lelaki punya kereta..tak tahu la kalau awek dia yang empunya,dia tukang bawak je..( kot )..

aishh..masalah siapa yang empunya kereta ni tak berat sangat,yang berat kondisi kereta tu.like i said, rimas mata memandang.tapi tak tahu la kalau mata aku je yang nampak mende tu merimaskan,orang lain okey je kot..mesti korang tertanya-tanya macam mana kondisi kereta tu kan...

aku rasa owner kereta tu memang ' KIPAS SUSAH MATI ' ( die hard fan ) hello kitty, sebab outside & inside kereta dia penuh dengan aksesori bertemakan hello kitty..SERIUS la..
dengan kaler pink putih + stiker2 + patung2 hello kitty ( besar ada kecik pun ada ) bukan satu atau dua tahu.
rasanya bersepah dalam kereta dia tu.tak tengok lagi kat kusyen2 yang ada,confirm printed hello kitty

the best part is kat nombor plat dia pun ada letak patung tu jugak..musykil la, tak kena tahan dengan JPJ ke kalau letak aksesori melampau macam tu??yelah nampaknya dah macam mengganggu pemanduan je..
tapi kereta dia memang bersih nampak kemas je..tapi cuma tu jelah..banyak sangat letak hello kitty..dah boleh jadi mini house of hello kitty..

aku bukan jeles,sikit pun tak.cuma jangan melampau sangat sebab rasanya kehadiran aksesori yang melampau ni boleh menyusahkan si pemandu tu sendiri & salah disisi undang2 jalan raya..( rasanya )


psst...nanti aku letak picture kereta tu okeyy..korang boleh nilai sendiri

October 04, 2010

persona

Aku belajar untuk berpuisi
belajar untuk menghuraikan metafora yang terbenam dalam hati,dalam diri
cuba untuk menginterpretasi semua personafikasi
menjadi frasa yang mungkin sukar untuk dimengerti..

..... ahhh.....
terdiam,kaku

sukar amat sukar..
aku masih mencari cari nilai estetik yang patut aku coretkan
ke mana?
di mana?
tak pasti...aku mengeluh sendiri

kala malam,aku merenung ke bulan
nian indah ciptaan Tuhan
tiada tolok bandingan..lantas datang segerombolan awan
indah bulan tiada kelihatan
hanya awan awan yang berlumba-lumba...
biarpun kelam malam,masih dapat aku bezakan
langit hitam dan awan kelabu...

.....tunduk memandang tanah....

terdetik dalam hati
'' nak hujan ni ''
ramalan seorang yang masih mencuba mencari bahasa puisi...
semakin buntu,semakin kusut
aku melangkah kaki bergerak pergi
sempat mendongak ke langit kelam
awan kelabu berubah hitam
dalam hati
'' sah nak hujan ''
melangkah pantas
menghindar dari titis-titis air yang akan turun menyiram bumi

.....hujan....

terasa hentaman titis air hujan yang jatuh menimpa bumi
menimpa diri ini
langkah makin laju
bulan yang tadi terang menyinari
makin hilang dibalik gerombolan awan..
aku terpikir
inilah persona yang aku lalui
metafora yang tidak perlu diinterpretasi...