Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

January 25, 2011

BILA BIBIR MENGELUPAS

Tengah belek2 suratkaba pagi ni, terbaca lak satu tips untuk sape2
yang ada masalah bibir mengelupas
haahh..aku pun ada gak terkena
punca sebenarnya adalah KEKERINGAN
ada orang yang dah tau bibir tu mengelupas
boleh pulak cover dengan lipstick atau glos ( ala yang kilat2 tu )
tau tak semua tu memburukkan keadaan
tu apa yang aku baca la kan
ni aku nak share apa yang boleh & tak boleh dilakukan bila
BIBIR MENGELUPAS

  • TAK BOLEH : basahkan bibir dengan air liur sebab air liur ada enzim yang boleh mengikis lapisan perlindungan yang ada pada bibir
  • BOLEH : gunakan potongan timun & tekap pada bibir
  • TAK BOLEH : kopek kulit bibir yang mengelupas.boleh menanggalkan lapisan perlindungan semulajadi dan boleh mengundang jangkitan
  • BOLEH : campurkan gula perang dan air kemudian gosok dengan elmbut pada bibir.boleh juga guna skrub bibir
  • TAK BOLEH : makan atau minum sesuatu yang berasid seperti jus oren atau jeruk.akibatnya bibir akan lebih kering dan pedih
  • BOLEH : minum banyak air suam kerana bibir kering merupakan petanda badan memerlukan lebih banyak cecair
  • TAK BOLEH : penggunaan salap bibir yang mengandungi bahan seperti menthol, camphor & peppermint ia boleh menyakitkan bibir yang pecah dan melambatkan proses penyembuhan
  • BOLEH : guna pelembab bibir terutama selepas mandi selain dari titisan minyak bijan yang kaya dengan vitamin A, B & E

Info dari : Sinar Harian (sihat cantik)

January 17, 2011

1300 - 13 - 1300

HELLO2....
nak buat pesanan
SPICY CHICKEN MCDELUXE
+
LIGHT COKE
large ye..
hehehe...

tu jela yang aku tau..kalau takde tukang2 yang belikan makanan atau
lapar time semua orang kenyang
call je nombor atas tu..30 minit sampai...
ok..sebelum semuanya sejuk...aku nak ngap dulu...
sila2..jemput makannn...


 
~ spicy chicken mcdeluxe ~ yummy2...
SERU BELUM SAMPAI..JODOH BELUM JUMPA

Seronoknya!!!..tengok kengkawan ramai yang dah bertunang, ada yang dah kahwin
ada tu yang dah beranak pinak (oppss sorry TERkasar)
rasa seronok pulak tengok gambar2 dorang dalam fesbuk
hujung minggu ni, sorang lagi kawan aku
akan menamatkan zaman bujangnya...
huuuu i'm happy for u dear...
orang2 keliling aku pun dah start bertanya
aku ni bila lagi nak tamatkan zaman bujang
haha..aku jawab camni
'' hah,kenduri saya bulan 11 nanti tahun berapa tu tak tau lagi''
hahaha...bantai dorang cepuk kepala aku...
alaa...bukan taknak
tapi seru tak sampai lagi, jodoh pun belum nampak2 lagi..
hehehe...jari jemari aku ni kosong je..tunggu si DIA datang melamar


bawak 'DIAMOND RING'
bling...bling...


hehehe...
btw..aku happy sangat tengok kengkawan happy...
doakan jodoh aku pulak ye kawan....

January 15, 2011

JANGAN CEROBOH RUANG PERIBADI SAYA....

TAK SELESA!!!... saya terasa macam diganggu dari segi SEKSUAL
jangan terlalu dekat dengan saya, saya TAK SUKA
tolong hormat saya sebagai seorang PEREMPUAN
saya menghormati diri kamu sebagai orang yang jauh lebih berusia dari saya
jika kamu seorang lelaki budiman
tolong hormati saya
saya bukan perempuan yang suka didampingi lelaki - lelaki tua seperti kamu
lelaki yang seusia dengan ayah saya
anggap saya seperti anak perempuan kamu
layan saya seperti seorang ayah dengan anak
kamu sepatutnya menjadi pelindung saya sekiranya saya dalam kesulitan
tak malukah kamu??berkelakuan sebegini
maaf saya tidak akan menerima sebarang ajakan dari kamu
walau sekadar makan tengahari
maaf saya tidak akan bersembang dengan kamu
 jika bukan atas urusan kerja
maaf saya tidak akan menjawab panggilan kamu
andai hanya untuk berbual-bual kosong
MAAF....
sekali lagi, tolong HORMATI SAYA.....



NO COMMENT!!!!.....

No comment...i have no comment
i have my own reasons & no comment
sorry....

tu jela yang artis malaysia ni pandai cakap
klise sangat dah..wartawan pulak dok gasak jugak
kalau sape yang nengok rancangan galaksi malam tadi kat tv9
wartawan pompuan tu gasak fasha sandha
mintak fasha ni bagi komen pasal isu dia berbikini kat bali + jejai pegi jepun dengan x-wife dia

adoii...nape nak besar2kan isu ni??
bukan fasha sorang je yang artis melayu yang pakai bikini
ramai lagi kot artis kita yang camtu
cuma tak kantoi je lagi
sebab dorang pandai cover

mentanglah si fasha ni memang suka KONTROVERSI
so bila dia yang kantoi terus kena hentam teruk
macam la artis lain tak buat perangai

entri aku ni bukan sebelahkan fasha or orang2 yang kecam perbuatan fasha tu
memang tak patut fasha berpenampilan macam tu
kita ni orang MELAYU beragama ISLAM
selagi dalam kad pengenalan tu tertera perkataan ISLAM
tak kisah la artis ke bukan artis ke
dalam negara or luar negara
mana boleh pakai bikini macam tu



January 11, 2011

saya bukan STALKER awak la

tak!!! saya bukan STALKER
sumpah saya tak pernah berminat nak jadi stalker
saya mengaku saya selalu jalan2 kat page awak
tapi bukan nak jadi stalker awak

hurmmm...kalaulah aku boleh cakap macam ni dekat dia
kenapa tiba2 page dia jadi sulit??
sebelum ni boleh je aku tengok2
ermmm..tu yang buat aku terasa dia tau ada yang suka jalan2 kat page dia
tapi saya bukan STALKER..

saya cuma suka baca apa yang awak tulis kat dinding awak
saya suka penulisan awak
bukan suka awak
nak tambah awak jadi kawan
saya malu..

ermmm....
saya minta maaf la kalau saya cam menceroboh kawasan awak
tapi saya bukan stalker tau
saya ulang
saya bukan STALKER....




January 10, 2011

AJL 25
huaarghh....
dah masuk 20 kali aku menguap sampai keluar air mata
ishh mengantuk la..seyes!!
mata pun dah cam mata panda


paham2 la ye bila aku cakap mata cam panda tu
ni semua gara-gara tak cukup tido
dah 2 malam tido lambat
pastu pagi kena bangun awal...
huh..!!! cam budak sekolah pulak dah..

malam tadi bantai layan AJL 25
rasa cam tak berbaloi pulak bersengkang mata
sebab cam tak happening sangat
aku suka part opening, 3 orang emcee & faizal tahir
< maybe sebab aku fans F.T >
hehehe
yuna punya performances pun oke jugaklah
yang lain2 cam takde aura sangat tak macam AJL zaman dolu2
semangat nak tengok
maybe sebab semua yang bertanding bawak aliran muzik yang lebih kurang sama
' MUZIK INDIE '
so takde nampak kelainan, corak muzik yang sama, style yang hampir sama
< my opinion actually >

kalau dulu AJL ada kategori so tiap kategori ada style masing2
sekarang mana ada lagi artis yang bawak 1 angkatan naik pentas
balik2 stand sorang2 atas pentas
+ gitar as instrument
memang la zaman dah moden tak sesuai lagi nak bawak ramai2 naik pentas
tapi itulah yang membuatkan AJL diingati sampai bila2
macam AJL malam tadi, baru bape jam
aku dah lupa stacy punya performance
< sebab mengantuk kot >

walaupun mengantuk aku tunggu gak sampai dorang announce sape yang menang AJL kali ni
aku bajet F.T yang menang tapi dia dapat persembahan terbaik je
tak sangka lak awek yang pakai baju kurung + main gitar tu yang jadi juara
btw tahniah buat para pemenang


yang menang malam tadi

 < Juara Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


< Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


< Ketiga & Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


< Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke - 25 >


huaarggghhh menguap lagi...

January 08, 2011

puitis TERUNA & DARA

Malam dingin mencengkam sanubari
disini aku sendiri
mengenal diri , menanti pasti

Langit sepi tidak berbintang , engkau disana aku menanti
sampai bila akan begini
memendam rindu di hati
menanti kasih sejati

aku si dara
engkau teruna
berpaut hati menyatu cinta
bergurau senda , bermasam muka
sudah menjadi resam kita

wahai teruna dengarkan si dara
suara hati  berkata-kata
memanggil-manggil nama Sang Pencinta

angin malam bawa berita
aku si dara menanti setia.
teruna disana disapa mesra
angin membawa khabaran si dara

picisan malam menyelebungi hati
membentuk kabus sukar tembusi
terngiang-ngiang alunan suara
bisikan angin sayu di telinga

terdetik di hati teruna
muncul nama si dara
terpanggil rasa sayangnya
terjalin ikatan cinta

January 07, 2011

GAMEN & PRIVATE SECTOR..
 
Ada sesape kat sini yang pernah berurusan dengan kerajaan tak??..
tipula kalau cakap tak pernah.huh..nape lak entri aku kali ni ada kaitan dengan kerajaan??..
haa..jangan risau bukan nak berpolitik..nak cerita pasal 'BEHAVIOUR' je...
 
Nape aku nak tulis pasal behaviour ni pulak ek??..
camni kisahnya....
 
Semalam aku kena attend satu sesi medical check-up untuk proses
pre-employment dengan satu syarikat swasta.
* Malaysia Airlines Berhad *
 
Mula aku ingat kena gi mana2 hospital, yela kata buat medical check-up kan.Rupanya
mende tu buat kat dalam area syarikat tu jugak.Syarikat besau beb..ada medical centre sendiri.
pagi lagi aku dah tercongok kat depan pintu medical centre tu
walaupun masih terpampang tulisan kaler merah
~ CLOSED ~
 
Cett..belum bukak lagi < cetus dalam hati >
'' takpe tunggu jela''..aku bermonolog
tepat pukul 9 baru la pintu medical centre tu dibuka
tulisan yang tadi dah pun bertukar
~ OPEN ~
 
weee..dengan senang hati aku melangkah
'' excuse me, good morning '' sapa aku pada miss yang ada kat front desk
'' yes,morning '' balas miss yang manis tu
'' i'm coming for pre-employment medical check-up''
miss yang aku tak tahu namanya tu terus tersenyum
'' ok,ur name please & i/c ''
 
< dingdongdingdong >
 
'' u fill up this form then u pass it to me, ok ''
miss tu siap bagitau part mana yang takyah isi..
'' ok, thanks ya ''
 
dalam hati aku cakap
'' baiknya dorang ni, tak sombong langsung ''
 
Memandangkan medical centre tu panel dan berada dalam area syarikat
so semua yang datang ambik ubat or jumpa doktor kat situ
terdiri dari kakitangan syarikat.
Apa yang aku nak komen,sikap setiap kakitangan yang sangat mesra dan peramah
kakitangan kat situ semua baik-baik takde pun yang muka macam
SINGA LAPAR tak pun muka SOMBONG
 macam pangkat besau sangat
 
walaupun dorang ni cakap omputih je
tapi masih merendah diri
sanggup untuk turun kena hujan semata nak tunjukkan jalan.
dari pakcik yang jaga pintu sampai ke eksekutif semua murah dengan senyuman
sentiasa tersenyum
aku yang melangok menunggu nombor giliran keluar kat skrin tu
dah letih pulak asyik senyum je..hehe
 < ikhlas oke >
 
Kalau nak dibandingkan dengan kakitangan kerajaan
mintak maap cakaplah..semua muka cam ape je...
jangan kata nak senyum pandang pun taknak
bukan aku main tuduh je..kenyataan weyh.....
dah banyak pejabat kerajaan aku masuk..semua macam tu
20% jela yang nak senyum yang lain HAMPEHH!!!
kalau dapat berurusan dengan orang tua lagi la masak
cakap nak menengking je..macam orang tak paham bahasa
takleh silap sikit abis la kena tiaw...
 
memang beza sangat behaviour dorang..
kalau tak caye g try sendiri
differences between private sector & goverment sector..
 
p/s : bukan aku nak eksyen cakap omputih tapi memang majoriti kat tempat tu using english...heee
kakitangan kerajaan jangan marah ek..ni teguran ikhlas..
peace....
 
 
 

January 04, 2011

ENTRI PERTAMA UNTUK TAHUN 2011

Agak lama ruangan ini sunyi sepi dari sebarang entri, bukan sengaja tapi kesibukkan kerja yang melampau diikuti ketandusan ilham menjadi sebab kenapa aku lama mendiam.Ini entri pertama aku untuk tahun baru ini.Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat datang 2011.Sebelum aku pergi jauh,jutaan tahniah buat pasukan bola sepak negara ' HARIMAU MALAYA' atas kemenangan yang membanggakan pada PIALA SUZUKI AFF 2010 dalam menentang pasukan 'GARUDA' dari Indonesia



Permulaan tahun 2011 dikejutkan dengan berita perginya seorang bintang yang sedang mencipta nama di persada lakonan.Arwah Faizal Yusuf telah menghembuskan nafas terakhir pada 01 Jan 2011 di Hospital Pusrawi.Arwah meninggalkan balu yang sedang hamil 5 bulan.Arwah juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana,perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohd Rayyan. yang kini berusian 2 tahun.Takziah buat keluarga arwah.



:: dalam kenangan ::
Faizal Yusuf